Selamat Datang Ke Blog Cha

Selamat datang kepada semua yang datang ke sini.Blog Mohd Isa ini adalah satu blog keluarga yang dibuat untuk menunjukkan kebahagiaan keluarga ini.Melihat blog BEKAL yang cantik, kami juga nak blog yang cantik. :)

DI KAMPONG - SG. BATU SERDANG KEDAH


Ini adalah gambar tapak rumah tokwan lateh di Sg. Batu Serdang Kedah. Sayangnya rumah ini telah runtuh. Kalaulah rumah itu masih ada anak-anak menakan semua akan dapat lihat suasana rumah yang berdindingkan buluh dan berlantaikan batang pinang. Sungguh unik rumah ini, disinilah abah bersama paklong wahab,pakngah man, makteh ani, paktam di bermain dan dibesarkan dalam suasana kampong yang nyaman lagi indah. Abah dibesarkan di Kg.Sg. Batu sekitar tahun 1965 - 1968..........




Pada 3hb. Januari 1965 aku mulakan alam persekolahan di SKSB. Semasa itu umurku berusia 7 tahun. Gambar diatas adalah tapak sekolah tempat aku belajar. Semasa darjah satu aku belajar di bawah rumah tersebut. Satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan ialah ketika kami sedang belajar seorang anak kecil di atas rumah kencing dan menitis jatuh mengikut lantai papan. Ketika itu cikgu yang sedang mengajar kami ialah Cikgu Aziz Man. Suasana kelas menjadi kecuh sikit. Maklumlah kami pun masih budak-budak lagi. Semuanya menjadi kenangan yang tak dapat di-lupakan. Dicatat untuk tatapan anak-anak cucu dan anak-anak menakan. Tunggu akan muncul lagi kisah-kisah menarik akan menyusul tiba............




1 ulasan:

atikah othman berkata...

ish..ish..awat abah tak pernah bawak kami pi sana?? kalau pak lang tak habaq, konfem tak tao cerita ni..sungguh menyayat hati!~huhu~

Catat Ulasan